13 November 2009

Tazkirah Jumaat

Untuk hari jumaat (penghulu segala hari) ......................................
marilah kita sama-sama berkongsi sedikit info untuk renungan
bersama (terutama untuk diri sendiri.........)
Info ni Ninie dapat daripada seorang kawan melalui e-mail.
Info ini memang bagus untuk kita amalkan dalam kehidupan
kita sehari-hari. Terima kasih kepada Kak Ana sebab suka
berkongsi info yang berguna............
Sama-samalah kita menghayatinya ye..................................
Di dalam Al-Quran, ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti
membuat amalan :
1. Mandi awal pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya
sejam sebelum matahari naik
- air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan
lemak berkumpul. Kita bolah saksikan orang yang mengamalkan
mandi awal pagi kebanyakannya tidak gemuk. (bagus ni, macam
Ninie yang nak kurus ni.....tentu cepat slim.....ha..ha..ha..............)
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi
- InsyAllah.....jauh dari penyakit (susah kena sakit)
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (sujud sekurang-
kurangnya seminit selepas membaca doa
- Ia boleh mengelak dari pening kepala atau migrin. Ini terbukti
oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita
perlu sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter
ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi
darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang
berkenaan. (ini pun Ninie perlu amalkan sebab selalu sangat
sakit kepala...........................)
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat
bercampur dengan makanan laut
- Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,
dikhuatiri akan cepat mendapat panyakit. Ini terbukti oleh
saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam ada
mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi
ion (-). Jika dalam suapan kita, ayam bercampur dengan ikan
tindakbalas biokimia yang terhasil boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis
hendaklah menjilat jari
- Begitu juga ahli saintis telah menjumpai, bahawa enzime banyak
terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam
air (enzime sejenis bahan pencerna makanan, tanpanya makanan
tidak hadam)
Sabda Nabi, ilmu itu milik Allah.....barang siapa menyebarkan ilmu
demi kebaikan.....InsyAllah.....Allah akan menggandakan 10 kali
daripada apa yang dilakukannya......................InsyAllah....................

1 ulasan:

NJ berkata...

salam kenal dan ziarah tuk ninie smoga ukhwah berpanjangan..sudi2 tu jenguk la umah akak yer..