07 September 2015

~ nervous ~

Alahai!!!! nervous mak.....
Serba tak kena hari ni..asyik dok terfikir UPSR akan menjelang ESOK......
Perasaan apakah ini....anak yang nak duduk peperiksaan.....emak yang tak tentu arah....serba tak kena..
Satu tindakan yang bagus juga la, mengambil cuti rehat tahunan sepanjang UPSR berjalan......tak pasal2 mcm ayam berak kapur pula kalau dok office esok....
Siapa yang tak mengharapkan kecemerlangankannnn.........tapi, kena la berserah..tak boleh terlalu mengharap..tinggi sangat bintang tu untuk dia capai..semua tu memang tak mustahil untuk terjadi dengan kuasa ilahi.  InShaAllah.

Sampai office pagi tadi..asyik dok tanya pakcik google..amalan yang perlu ibubapa lakukan sepanjang peperiksaan berlangsung....ini semua untuk hilangkan darah gemuruh yang sedang melanda. Kebanyakannya sama..pernah juga dapat tips yang sama dari kawan2....maka, sahlah amalan tu boleh digunakan. Kepada kawan2 yang berperasaan macam yang saya lalui sekarang ni, bolehlah dijadikan panduan & amalan.

 Amalan yang boleh dilakukan oleh Ibu Bapa semasa anak sedang menghadapi peperiksaan.
1. Ambil Wudhuk.
2. Sambil menghadap Kiblat, baca Kalimah Syadah (3x)

3. Baca Surah Al-Fatihah (10x)



4. Baca Surah 3 Qul (1x)

 

5. Baca Surah Insyirah (1x)




6. Baca Selawat (10x)

 

7. Baca Surah Yassin (1x)
8. Baca Surah Insyirah (100x)


9. Niat didalam hati agar Allah SWT memudahkan anak-anak menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.
Selain itu, boleh amalkan juga dengan Berpuasa Sunat dihari anak sedang mengambil peperiksaan.

Yang bawah ni pula doa ibubapa untuk anak2....doa ni diambil dari blog http://www.mariafirdaus.com.my
sedikit pesanan dari pihak penaja
*** Sila Copy Paste Doa Ini Untuk Kegunaan Anda. Sila Sebarkan Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain. Saya Halalkan.

Doa ini ditulis oleh saya, Mohd Firdaus Mat Saad, bekas pelajar terbaik Department Electrical Engineering, University of Sheffield. United Kingdom.
Terima kasih En Firdaus.

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,


Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.



20 Jun 2015

Spaghetti Bolognaise

Alhamdulillah, hari ni dah 3 Ramadhan 1436.  Cuaca setakat ni, sangat cerah & panas.  Walaupun sebelum ramadhan hari tu....tiap2 hari hujan.  Kain baju tak kering2, ada sekali tu hujan punya la lebat....habis semua kain baju luncun & kena basuh semula....kuasa Allah....sekejap jer ia berubah.  Dugaan ramadhan, tu semua untuk mempertigkatkan keimanan & token pahala....Alhamdulillah.

Ok laa....sebenarnya nak cerita pasal menu berbuka semalam.  Anak mak request nak makan spaghetti bolognaise......meh le kita buatkan..sapa lagi nak melayan anak mak yang seorang ni kalau bukan maknya kannnn.....

Sesapa nak try, boleh la amek resepi kat bawah ni haaa.....
  

Spagetti Bolognaise

bahan2

1/2 peket spagetti          }
1 sudu besar minyak     } direbus sehingga lembut & toskan 
secubit garam                }
air secukupnya              }

1 botol kecil pasta sauce - saya guna jenama prego (mushroom)
1 tin kecil tomato puree - saya guna jenama duchef
3 keping daging burger - dicincang, saya guna jenama ramly
1 tin cendawan butang - dihiris jgn terlalu nipis, saya guna jenama Hosen
2 batang seleri - hiris sedang2 jer..
mix vegetable - ikut suka nak letak banyak mana
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dititik kemudian dicincang
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk oregano - saya guna jenama McCormick
1 sudu teh mixed herbs - saya guna jenama McCormick
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa
3 sudu besar minyak

cara2 membuatnya 

- panaskan minyak, tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
- masukkan daging burger yg telah dicincang, masak hingga daging empuk.
- masukkan sos cili, sos tiram, serbuk oregano, mixed herbs, serbuk lada hitam, garam, gula & gaul     sebati.
- masukkan cendawan butang, seleri & mix vegetable, kaup balik & biarkan sebentar supaya sayuran   tu empuk.
- masukkan pasta sauce & tomato puree, masak hingga naik minyak. Tutup api. Siap.
- tuangkan ke atas spaghetti yg telah diletak dalam pinggan.
- untuk tambahan boleh di tabur cheese.
- hidangkan......

*resepi di atas, adalah resepi yg selalu saya guna utk hidangan keluarga....jika ada kekurangan, bolehlah ditambah apa2 yg patut mengikut selera masing2....
*jenama bg brgan di atas adalah sebagai panduan, terpulang pd masing2 nk guna apa2 jenama..
Terima kasih & selamat mencuba.





18 Jun 2015

Salam Ramadhan


Alhamdulillah, masih berkesempatan menyambut ramadhan tahun ni.  Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua yang sudi membaca....tidak kiralah walau siapa pun anda..terima kasih.  Mengharapkan amal ibadat pada tahun ini akan lebih berlipat kali ganda dari yang sebelum2 ni.  Berazam untuk berpuasa penuh (ermmm.....boleh ker??.....InShaAllah) dan nak juga penuh bersolat tarawih (huhuhuuu......harap2 boleh la....) Nak juga khatam Al-Quran pada bulan ni....Nak cuba kurangkan pembaziraan dalam segala hal....(ni lagi satu yg mmg susah.....) biasanya time bulan ramadhan laa....over bajet sebab ikut nafsu (tak pernah insaf dgn pengalaman tahun2 lepas....buruk sungguh perangai)

Ramadhan is time to recharge....i hope, InSyaAllah..


Jangan lupa bersahur......

Sahur adalah makanan berbarakah, maka janganlah meninggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana malaikat bershalawat atas orang yang bersahur.
(HR Tirmidzi)

Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi....diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu..........ok, stop....banyak pula merapu....heheheee....

Di sini saya mohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan & kekhilafan.  Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini.  InSyaAllah dengan izin-Nya.

Salam Ramadhan Al-Mubarak....


11 Jun 2015

Goreng Pisang Cheese


Sukanya makan goreng pisang cis....lemak berkrim, disukai ramai....hihihii...
makin bertambahlah lemak2 yg sememangnya bertapa dlm badan ni knnn......tapi, apa yang kurang elok tu juga yang menjadi kegilaan.....sekali beli....mcm sendiri pulak yg nak berniaga, 5 kotak tu pasti....biasa 10 kotakkkkkkk & berkotak-kotakkkkkk......
Tak dapat beli....buat sendiri pun jadi....yang penting dapat ngapp & menikmatinya....ermm...dapnya...

Dah beli kt banyak tempat....pelbagai herge & kuantiti yg berbeza....kt Kg Pasir Putih yg jauh hujung dunia tu juga menjadi kegilaan & igauan....sampai kakak yg jual tu dh mesra....biasa call utk tempah..sampai2 dah siap....masuk kete terus ngap tanpa toleh kiri kanan..tu kalau ada driver la.....tp biasanya mmg ada yg drive pn.....

Sesapa yg terliur tengok pic kt atas tu & masih tercari2 tp tak ketemu....meh buat sendiri

Pisang goreng (suka ati nk byk mana, kalo malas nk menggoreng pisang, beli jer pisang goreng yg dh siap tu..senang keje)
Susu pekat manis
Coklat rice
Milo
Sos coklat (hershey - utk mkn sdri ok la....)
Cheese cheddar

Cara-caranya :
- susun pisang goreng dlm pinggan....satu layer jer
- tuang susu pekat....jgn byk sgt, kang kena kencing manis lak...agak2 la..
- tabur coklat rice
- susun lg pisang....step 1 2 3 buat sampai habis pisang goreng tu..
- last sekali, maknanya yg paling atas curah sos coklat, tabur milo & coklat rice
- kemudian parut cheese cheddar (pisang goreng tu kalo masih panas, akan cair & meleleh2lah cis kt atas tu.....mmg walllaaaa....marvelous....)
Selamat mencuba yar...

10 Jun 2015

Kembali

Alhamdulillah....setelah sekian lama mencuba, akhirnya........berjaya :-)
Akibat keterlupaan password....bersawang.., berhabuk.., berdaki.., bersampah.. nasib baik tak kena delete blog ni....

Suatu ketika dulu, inilah tempatnya utk meluahkan segala-galanya....
Time tu fb pn takde....ig lagi la kan.....


Pic kt atas tu takde kena mengena dgn apa2 pun.....saja jer nak tepek

Dah lama sangat tinggalkan dunia bloking ni....rindu nak menaip kt sini..wpn kerjanya mmg hari2 pn menaip tp tak sama....dah bertahun2 berlalu, mcm2 ditempuhi......mengharapkan sinar sentiasa menerangi kehidupan....semoga segalanya berjalan lancar. Amin.. 

21 Julai 2012

Kelas Kek Continental II

Kelas kek kali ni berguru dengan MamaTiera pula..
dah lama kenal mama tapi baru kali ni berkesempatan masuk kelas mama...
setiap cikgu ada keistimewaannya tersendiri...
lain cara, berbeza resepi & petuanya...


proses..


pavlova
nutty caramel cake
royal caramel cake
chocolate mascarpone cake


kepada penggemar coklat, 
chocolate mascarpone cake sangat sesuai....
rasa coklatnya...walllaaaa, rasa sekali pasti nak lagi & lagi & lagiiii...

pavlova pula antara dessert termasyur abad ini...
krimnya yang lemak berkrim...peh, saya sangat suke ok...

nutty caramel pula sesuai kepada yang suka kekacang...
ermmm...kalau selalu makan pasti jarum penimbang akan cepat naik

royal caramel...macam biasa2 jer...
tapi ada followernya tersendiri...
sedappppp tang caramelnya tu...

apa2 pon, kalau nak tau keenakan kek2 ini...
kena rasa sendiri...
nikmati kelazatannya yang tersendiri...


~ kami ~ pelajar pada hari itu...
ariosssss...semoga berjaya 


14 April 2012

DanDeeLicious Fav Class

perkara yang mendorong saya untuk masuk kelas kek
adalah kerana saya sangat suke makan kekkkk...


kek coklat yang sangat moist


sebahagian daripada pemprosesan semasa membuat kek


kek yang telah siap.....
Chocolate Icebox Cake
Chocolate Tiramisu Cake
Chocolate Mousse Cake
Chocolate Cheese Mousse Cake


antara kek2 yang telah dibuat sendiri oleh pelajar
pada hari tersebut....termasuk saya juga.. 



bergambar kenangan bersama pelajar2 & cikgu...
terima kasih cikgu diatas ilmu yang dicurahkan
semoga masing2 mendapat menafaat...
InsyaAllah..



Menambah Ilmu

Cake In Jar Class

masih lagi dalam mood untuk menambah illmu
tetiba terjatuh hati dengan dunia baking
walaupun sebenarnya saya tak pandai memasak

ada sesuatu yang saya nak sangat tau tentang 
cake in jar ni...


antara yang dipelajari semasa dalam kelas
Smore Cake In Jar
Choc Marsmallow Cake In Jar
Choc Cheese Cake In Jar
Choc Tiramisu Cake In Jar
Blueberry Cheese Cake In Jar
Choc Icebox Cake In Jar
Oreo Vanilla Marsmallow Cake In Jar
semuanya sangat sedap & memenuhi selera saya...


inilah hasilnya
sangat teruja & sangat suka...
segala persoalan terungkai sudah...
berbaloi-baloi...
semoga pintu rezeki saya terbuka luas dalam dunia baking
InsyaAllah....


03 Februari 2012

Melukis Di Atas Kek

Cartoon Artwork Class
tak habis2 kelas kek...

 antara proses penyediaan

sangat puas hati...

 hasilnya...
ok la utk sy yg baru belajar ni...
takde la susah mana pon nk bt bunga ros tu...

 testing2...
3 hari nk menyiapkan kek + deko
tp kenapa kek ni tak jd mcm kt kelas aritu...
keknya keras...tak lembut mcm sponge pon...
adunan sama, bt pon ikut spt yg diajar...
tp keknya ......ermmmm....
musykil2...
3x hantar sms kt cikgu, tak berjawab ponnnn...

 cuba lagi....
kek saya tak jadiiiiii......tension2

utk birthday Maria...
terpaksa guna resepi kek yg biasa sy buat
tak mahu kecewa lagi....
emmm...baru la sedap...
 ~kek coklat moist ~


15 November 2011

Kelas Roti & Pizza

masuk kelas lagi.....

sgt suka (tgh menggilai) kelas masak

walaupun sbnrnya sy tak suka memasak...


tgk org buat roti, teringin nk merasai buat roti...

jd sy pon masuklah kelas membuat roti & pizza

cikgu cakap...kalau buat roti dgn menguli pakai tangan...

kelembutannya tidak akan sama dgn mesin yg uli...

wah! nk kena beli mixer besau ni.....

mana nk cekau money..money..moneyyyyy...

nampaknya lepas ni kalau nk mkn roti....

beli jer la jawapannya.......


takpe la...kemahiran yg ada tu...

InsyaAllah akan berguna juga suatu hari nanti...

antara jenis2 roti yg dipelajari...
sedap2 & lembut2 semuanya...mcm kt kdi...

roti naik & pizza
dah pandai buat pizza..tak payah la mkn kt pizza hut lagi kan???
bole percaya ke.... :[[[[