29 Ogos 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 52 th
semoga negara kita Malaysia sentiasa dlm keamanan
walaupun kita berbilang bangsa, kaum & agama
tanamkan semangat kemerdekaan dlm jiwa anak2 kita
supaya Melayu tidak hilang & tidak ditindas
di negara kita Malaysia (Tanah Melayu)


Jalur Gemilang
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang


Warisan - Anak Kecil Main Api
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kini sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara....

p/s : sama2 la kita menghayati lirik lagu ini yg tersirat byk makna
lagu ni masa sek tadika dulu2, skrg dah tak diajar lg..........
yg penting message yg nak disampaikan tu...........................

28 Ogos 2009

minnie


saja jer nak masukkan pic ni
cute kan..........?????
Niena suke dgn watak minnie ni
bantal kecik minnie ni mama beli kat watson
dah lama beli bantal ni
Niena sayang sgt bantal ni, so dia simpan jer.....
tetiba smlm Niena kuarkan bantal ni.....
mgkin Niena rindu kat bantal ni kottt..........
pastu pagi tdi sblum kuar rmh.....
Niena suruh ambil pic dia dgn bantal minnie
ok la tu.....boleh meriahkan blog ni dgn pic..........
ni plk masa singgah kat Pasar Borong Pandan
lepas main futsal minggu lepas
seboleh2 Niena suruh beli minnie yg kat atas tu
suke le Niena dpt minnie yg tergedik2 tu

26 Ogos 2009

scan oh scan.....

dah berhari2 cuba nak scan pic ni
tp hampeh..........kat off tak leh.....
kat rmh pun tak leh jgk..........
tp akhir nyer.............
berjaya jgk..........
w/pun kualiti pic nyer tak seberapa
kira ok le tu..........
suke tgk pic2 ni.....,sbb tak nak
kenangan ni hilang begitu sajeee.........
berusaha jgk smpi berjaya utk
scan pic2 ni..............



cute kan Niena mase ni..........
mase ni kite org tinggal berdua kat rmh
sbb papa keje..........
tak de keje nak wat..........
ape lg.....ambil pic Niena le..............
(lepas ni.....mcm2 le pic akan di scan................)
almaklum le.....dulu tak mampu nak beli
digital camera.....yg ade camera biasa jer.....
ala.....camera yg kena letak kodak tu.....
jd byk le foto2 kenangan kite org dlm album jer.....
klu dah scan leh le masukkan dlm blog.....
tak yah la bongkar2 album yg berhabuk2 tu
bila rase nak tgk pic2 kenangan.....bukak jer blog
kan senang.....mudah.....cepat.....

25 Ogos 2009

futsal suke-suke

minggu lepas ari rabu kite org main futsal
penutup sukan sblum sambut bln ramadhan
sepanjang bln posa ni tak de le xtvt sukan
kecuali dart & carom..........
berpeluh satu badan tp yg penting nyer
kami enjoyyyyy..........
best sbb dpt score 2 gollllll..........

24 Ogos 2009

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan kpd semua kwn2
Moga2 dpt la kiranya kita menjalankan ibadat puasa
dgn penuh keikhlasan, keinsafan, kekhusyukan,
diberikan kesihatan yg baik, diberkati, dirahmati
dan diredai oleh-Nya.....
dikesempatan ini jg kami sekeluarga ingin
memohon maaf sekiranya ada tersalah kata dan
perbuatan yg menyinggung perasaan
kwn2 semua..........selamat berpuasa..........
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir……………..
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...
bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir……………..
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami……..
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...
paling berseri...menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami..
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun
yang telah meninggal dunia" Amin.......


kejutan..........

Salam semua.....
ari ni baru mula keja
lepas bercoti lama sbb kesihatan
Niena yg tak mengizinkan
Alhamdulillah...syukur kehadrat ilahi.....
dgn limpah kurnia-Nya..........
Niena dah sihat sepenuhnya..........
ari khamis tgh2 wat keja kat off
tetiba tchr Niena call.....
suruh ambil sbb bdn Niena panas
Niena demam
pagi tdi masa antar Niena ke sek
dia ok jer.....
tak de plk ckp tak sdp bdn ke.....
td dia cuma ckp sakit perut.....
tak le serius sgt pun.....
kul 1.30pm balik le jgk
gi ambil Niena.....
rasa kat kepala, tak le panas sgt pun
call klinik.....pn doc kol 3pm baru masuk
so balik le rmh dulu
sbb dah minta halfday ngan bosssss
tq bossssssss...........
smpi rmh Niena trus tido.....
kul 4pm nak kejut Niena bwa pi klinik
Ya Allah.....panasss nyer bdn dia.......
tanpa berlengah lg..........
dgn keadaan ujan yg amat lebat
masuk kete, trus gi klinik
tetiba trus rase takut dlm ati.....
nasib baik tak ramai pesakit kat klinik
bile pn doc check..........
suhu Niena 43'c
panasssssssssss nyer...............
berderau darah..........
takut............
pn doc kate.....dlm masa 3 ari
klu suhu bdn tak turun jgk
bwa Niena ke klinik lg..........
(klu gi hsptl.....sure punye kena tahan kat wat)
dlm keadaan skrg ni..........
dgr plk berita mcm ni..........
amat la menakutkan...........
kejutan yg amat menakutkan..........
tak senang ddk Ninie dibuatnye..........
tido mlm pun tak lena..........
bila terjaga jer.....mesti check suhu dia
bile time sakit..........
Niena mesti cari mama
bila nak tido dia suruh belai dia
picit2 kepala.....picit2 bdn dia.....
usap2 rambut dia.....
bila tido, mesti dia suruh mama peluk dia
mama sayang adik..........
mama takut ape2 terjadi kat adik..........
adik le satu2 nyer anak yg mama ade..........
tp bila nak suruh mkn ubat..........
Ya Allah..........susah nyer..........
Alhamdulillah..........Niena dah sihat
tp masih perlu berhati2
klu kuar dr rmh.....
mesti pakaikan Niena mask..........
utk kengkwn semua..........
klu rase2 suhu bdn anak2 dah lain mcm jer.....
trus le bwa gi klinik..........
kate org "MENCEGAH LEBIH BAIK DRPD MENGUBATI"
"SAYANGILAH ANAK2 ANDA KERANA MEREKA
ITU ANUGERAH YANG TAK TERNILAI DAN
MEREKA ADALAH AMANAH DR YG MAHA ESA"

19 Ogos 2009

One Malaysia Colouring Competition

ni cite ari sabtu lepas
15 Ogos 2009
Niena ade colouring competition
kat Tesco Plentong
sempena menyambut bulan kemerdekaan
bagus jg tanam sifat patriotik dlm jiwa anak2
supaya MELAYU tidak tinggal nama jer.....


jalur gemilang yg besar tu
hasil kerja tangan murid2 5th
ibubapa serta anak2 bersama2
berjalan keliling dlm Tesco tu
membawa jalur gemilang sambil melaungkan
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!!!!
tetiba terasa sebak pula..........
terkenangkan pengorbanan moyang kita dulu
utk memperjuangkan kemerdekaan
di Tanah Melayu





12 Ogos 2009

Usah alah amukan anak

PERNAHKAH berdepan situasi anak berguling di pusat beli-belah apabila kehendaknya tidak dipenuhi? Atau si anak mula membuat perangai apabila anda sibuk melayan tetamu yang ramai di rumah?

Sebagai anak, mereka lazimnya tidak peduli perasaan ibu bapa biarpun ramai berpandangan agak sinis melihat keadaan sedemikian.

Apa yang difikirkan si anak cuma meluahkan rasa marah, geram dan kecewa kerana kehendaknya tidak dipenuhi. Oleh kerana malu, ada ibu bapa memenuhi kehendak si anak dengan harapan mampu meredakan ketegangan.

Ada kalanya kesabaran ibu bapa turut teruji dengan tingkah laku si anak yang pasti memeningkan kepala. Tidak tahan dengan sikap melampau anak, segelintir ibu bapa pula melampiaskan rasa marah melalui pelbagai cara antaranya, berteriak atau menempeleng anak tanpa rasa simpati.

Apapun, pengetahuan untuk mengendalikan anak ketika mereka mengamuk memang perlu jika tidak mahu keadaan itu berterusan.

Bahkan, emosi anak juga perlu dipelajari kerana tindakan yang keras dikhuatiri akan menjejaskan pertumbuhan diri atau psikologi dirinya.


Mengawal tabiat anak mengamuk boleh dilakukan menerusi pelbagai cara, antaranya:

Mengalih perhatian anak apabila mereka menunjukkan tanda hendak mengamuk misalnya muka anak kemerahan atau mula hendak menangis.

Keadaan ini membolehkan ibu atau bapa tidak terlalu beremosi untuk menangani anak berkenaan.

Apabila si anak mula membuat perangai, si ibu pula menangis. Melihat ibunya menangis, anak itu mungkin bertanya keadaan ibunya itu.

Si ibu pula boleh menjawab, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Jawapan itu boleh membuatkan si anak berhenti meragam lalu mungkin terus memeluk dan mencium ibunya.

Cara ini mungkin boleh dilakukan si ibu untuk memujuk anak yang menangis dan meragam.

Tenang menghadapi kerenah anak. Baca surah al-Inshirah untuk menenangkan diri sendiri.

Berdoalah supaya Allah berikan kekuatan minda dan jiwa untuk menjadi ibu yang baik, sabar dan penyayang. Berdoa untuk anak dan tiupkan di ubun-ubunnya dengan penuh kasih sayang.

Elak daripada memarahi atau menjerit pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan perkara yang tidak dapat dilakukannya.

Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah serta bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu anak tenang semula.

Jika anak terus mengamuk, cuba jangan peduli dan tinggalkannya sebentar.

Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care menyatakan, ketika anak mengamuk jangan perhatikan. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri sendiri seperti menghantuk kepala ke lantai apabila mengamuk.

Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas gara-gara cubaannya mendapatkan sesuatu tidak dipedulikan. Mungkin apabila tidak diendahkan, dia akan sedar dengan sendiri bahawa perbuatannya salah.

Apabila anak berhenti mengamuk, berbicara dengan mereka mengenai perangainya yang tidak elok serta sebab permintaannya tidak boleh dipenuhi.

Tegas dan elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak wajar kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila mereka mengamuk, anak tahu kelemahan orang tuanya dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Selain itu, jika dilayan, jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

Pendekatan tidak peduli mungkin boleh mengajarnya tidak mengulangi perbuatan itu. Selepas dua tiga kali anda tidak memenuhinya, dia tidak akan mengamuk lagi.

Sanggupkah kita sebagai ibubapa untuk bersikap setegas ini?
Atau pun, mampukah kita untuk melaksanakan tip-tip diatas?
Tepuk dada, tanyalah pada hati.....semoga kita menjadi ibubapa
yang dapat melaksanakan amanah Allah dengan sepenuh hati
dan sesempurna yang mungkin.

Sumber : Metro

11 Ogos 2009

xtvt ari ahad kami

ari ni abang ade tournament bowling
kat Danga City Mall.....
kite org dipaksa ikut..........
malas nak ikut sbb byk benda yg
hendak disettelkan.......
sblum ke City Mall, gi belanja brg dapur.......
so....dgn brg2 yg byk kat bonet keter tu.......
dr Giant Plentong terussssss.......
ke Danga City Mallllllll.......
sementara tunggu peserta lain sampai
try memanah dulu
pusat memanah ni bersebelahan dgn bowling
kat Danga City Mall ni byk tmpt utk release tension
cth nyer karaoke, paintball, gym, bowling, memanah
dll lg le.............

boring sbnr nyer
tu yg ambil pic yg tah pe2 jer.....
lane yg abg main bowling tu..........
lane yg sama dgn Ninie main boling masa

kejohanan bowling ari tu..........
lane tu ade luck tau.......

kan dah cakap.............
utk acara individu abg dpt no 2

dpt piala yg Niena pegang kat atas tu.....
(malas nak bersesak2 ambil pic masa abg
ambil adiah, jd ambil pic Niena pegang
piala tu jer.........)
dan dpt cash RM 300 tu.............

Alhamdulillah..........rezeki Allah..........
tdi masa beli brg dapur kat Giant..........
abg abisss RM 200+++
skrg dpt RM 300
ok la tu kan.....................
sapa nak bagi..........

singgah solat asar kat Masjid Larkin
lupe plk ape nama sbnr
masjid tu

- sempat lg bergambar tu-

singgah mkn kat Restoran My Friend
lapar sbb tak mkn tghari.....
sampai kat situ dah kul 6.00pm
so.....kira cover mkn mlm skali le ni.....

dessert utk ari ini
sodap tau pulut mangga ni..........
jemput tgk kengkwn semua...........
kira nyer tak sia2 le Ninie ikut abg gi
tournament bowling ari ni
w/pun kena paksa.....rela..........



05 Ogos 2009

makan-makan

ari ahad lepas balik dr kg.....
singgah rmh kejap.....
kuar'n brg2 yg sendat kat bonet kete tu.....
(penuh dgn buah2an utk kwn2 ofis)
terus gi plaza pelangi
asalnyer nak beli beteri h/phone yg dah kong tu jer.....
tp dah sampai shopping complex.....pe lg.....
window shopping jer..........
abg ajak mkn kat SIZZLING STONEGRILL
mkn kat kdi ni best tau..........
ala2 bbq tp bkn atas api tau........
mknan nyer di bbq atas batu yg panasss..........

tak sangka plk.....anak mama ni pandai
mkn guna chop stick..........
berselera plk dia mkn..........
w/pun sbnrnye Niena hanya order mushroom soup.....
tp bile tgk papa punye mee tomyam.....
pedas2 pun dia tahan....
mama plk mkn spicy spaghetti tuna..........
sedap sgt..........nyum2..........



04 Ogos 2009

kampung halaman

Niena dgn sepupu nyer.....Ali.....
bgn awal.....tp tak mandi2.....
asyik main jer..........
pastu gaduh.....
dia org berdua jer..........
mcm 10 org kat rmh nenek..........
dgn brg tonggang terbalik..........
sabo je le.......................

ni la kebun buah2an kami..........
Alhamdulillah..........thn ni buah2an semua m'jdi..........
sampai tak t'mkn..........
klu ikut'n ati nak jer bwa semua buah rembutan tu.....
tp ape kan daya..........
nak ajak kengkwn..........semua jauh2 belaka......
buah cempedak plk blum masak..........



03 Ogos 2009

balik kampung.....

ptg jumaat lepas papa balik keje.....
kite org balik kg.....
minggu lepas balik Klg pastu gi Muar
(Atok Ayah meninggal)
so.....minggu ni balik kg mama pula
rase nyer dah dkt 2 bln tak balik Msg.....
rindu sgt kat kg..........
kat bas station antar Acik Dian nak balik Shah Alam
Acik Dian dpt cuti 1 week sbb kes H1N1
ari sabtu dah nak balik semula
tempoh percutiaan dah abisss.....

lepas Acik Dian dah naik bas..........
kami berdua gi melepak kat tepi pantai
papa tgh sibuk kat kebun..........
panjang le... langkah kami berdua..........
dah lama tak ddk bersantai ditepi pantai mcm ni
seronok tau..........angin sepoi2..........
cuaca pun tak berapa panas........
best nyer..........
windu dgn suasana mcm ni.....
dulu, suke sgt ddk tepi pantai sambil berangan.....
tgk laut yg luas tu.....aman jer..........