19 Januari 2009

seorang mama


Semalam Ahad, 18 Januari 2009 ada majlis perjumpaan guru dengan
ibubapa di sekolah Niena (NURI Tmn Pelangi Indah). Bermula jam 10am.
Pelbagai topik di perbincangaan dan banyak masalah di perkatakan
antaranya akademik, ko-kurikulum dan pelajaran @ kelas tambahan
(bdk tadika pun ada tuition). Banyak benda yang membuatkan saya rasa
tersentuh dan rasa kekurangan. Saya terfikir macam mana kawan baik
Niena yang belajar sama- sama daripada N2 hingga K2 boleh habis baca
buku cerita bahasa inggeris Peter and Jane 1a hingga 15b sedangkan
Niena baru baca Peter and Jane yang sama tapi baru separuh buku 3a.
Walaupun mengikut sukatan pelajaran sepatutnya baru mula baca buku
3a tu. Kenapa anak orang lain boleh tapi anak saya tidak? Bila saya fikir
dan merenung saya rasa saya dah dapat jawapannya iaitu sikap saya
sendiri yang tak penah ambil perhatian sepenuhnya tentang pelajaran
Niena. Pada saya apabila anak dah ke sekolah segalanya adalah
tanggungjawab cikgu. Baik dari segi mengenal huruf, nombor, membaca
dan segala-galanya tentang pelajaran. Tapi saya silap, sebenarnya guru
hanya mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan tapi
saya sebagai ibu perlu lebih berusaha untuk membantu anak. Saya perlu
buang jauh-jauh sikap lepas tangan jika sekiranya saya ingin anak saya
berjaya seperti anak orang lain (macam Noramalina yang dapat 17A1
dalam SPM tu). Ya Allah ya tuhan ku, kau ampunkanlah segala dosa-
dosa ku, berilah aku kekuataan dan kesabaran untuk aku menempuh
segala cabaran dalam membesarkan anakku juga untuk melihat anakku
berjaya didalam pelajaran dan kehidupan. Amin............

Tiada ulasan: